Social Icons


Selamat datang. Ahlan wa sahlan. Syukur alhamdulillah, saya kini sudah mempunyai 'rumah baru' untuk saya nukilkan perkongsian saya di sini.

                                      Sirih pinang di dalam puan,
                                     Buat hantaran bakal pengantin,
                         Salam perkenalan saya hulurkan,
                                     Moga ukhwah erat terjalin.


Monday, March 17, 2014

TEKS MC GRADUASI 2013



ASSALAMUALAIKUM WBT.
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING MENGALU-ALUKAN  KEDATANGAN  PARA IBU BAPA KE MAJLIS GRADUASI  2013.  KAMI MEMOHON KERJASAMA HADIRIN AGAR TIDAK MENGAMBIL GAMBAR SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG  DAN  MEMASTIKAN TELEFON BIMBIT BERADA DALAM KEADAAN MOD SENYAP DEMI  KELANCARAN MAJLIS.      TERIMA KASIH.


TEKS PIDATO MINGGU BAHASA 2009

'SEKOLAH PEMBENTUK GENERASI MINDA KELAS PERTAMA'

Hadirin sekalian,
Sekolah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran secara fomal di dalam kelas mahupun secara tidak formal di luar kelas. Manakala generasi minda kelas pertama, saya definisikan sebagai generasi yang berkualiti daripada semua aspek, baik akademik mahupun sahsiah.

          Seorang pelajar akan menghabiskan 1/3 daripada harinya di sekolah. Di situlah mereka dididik untuk mencapai kecemerlangan akademik dan di situlah juga akhlak mereka dibentuk.     Maka tidak hairanlah jika,

“Sekolah Pembentuk Generasi Minda Kelas Pertama”



TEKS MC KEJORA KALI KE-21



ATUR CARA PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-21 MRSM TAIPING



Saturday, March 1, 2014

HONEY CORNFLAKES CRUNCH

Honey Cornflakes Crunch

Hmmm....sedap sungguh Honey cornflakes Crunch ni...Krup...krap....krup....krap....
Sangat rangup!!! Sekali makan, pasti nak lagi.
Apa kata kawan-kawan buat sendiri ya...!!!






Bahan-bahannya

250 gm mentega
300 gm tepung naik sendiri
150 gm gula halus
2 biji kuning telur
1sudu madu
1 sudu teh esen vanila
1 kotak besar cornflakes (dihancurkan sedikit)
(Kalau suka tambahkan sedikit kismis hitam)


1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.  Masukkan telur, vanila dan madu.
3.  Masukkan tepung.
4.  Ambil adunan dengan menggunakan sudu teh dan golekkan di 
     atas cornflakes yang telah dihancurkan sedikit tadi.
5.  Bakar selama 10 minit.

SELAMAT MENCUBA!!!!




Friday, January 17, 2014

Almond Crunchy Delights


Assalamualaikum.....

Ramai orang suka makan kek dan cookies, tetapi tidak ramai yang rajin membuatnya. Sejak dulu lagi, saya memang suka buat kek dan biskut. Kiranya sejak anak daralah...Saya akan rasa puas kalau air tangan saya itu disukai oleh ahli keluarga terutamanya bapa saya..Walaupun pada masa itu tiada peralatan membuat kuih yang lengkap di rumah, saya dan adik-adik rajin mencuba resepi-resepi kek, baulu dan biskut.

Ada satu kenangan yang melucukan dan tidak akan saya lupakan sehingga ke hari ini. Suatu hari saya membuat kek marble untuk keluarga. Seperti biasa saya akan membuat adunan mengikut naluri saya saja...pakai agak-agak aja...Bau dan aroma kek apabila dibakar sangat sedap...semua orang tertunggu-tunggu dan tak sabar untuk menikmatinya.

Nak tau apa komen bapa saya ketika hirisan kek itu saya hulurkan kepadanya?
"Ini kek ke bingka?"  Itulah soalan yang terkeluar dari mulut bapa saya...!!!

Adoyai.....malunya...

Walaupun pendek saja soalannya, tetapi sangat dalam maknanya....Sejak hari itu saya bertekad untuk belajar membuat kek dan biskut mengikut sukatan dan kaedah yang betul........

Sekarang, membuat kek dan biskut merupakan hobi saya. Suami dan anak-anak sangat sukakannya. Anak-anak saya pun sering membantu saya membuat biskut, walaupun kedua-duanya lelaki, terutamanya si adik.
Kalau ada masa lapang terutamanya waktu hujung minggu atau cuti sekolah, saya akan mencuba pelbagai resepi kek dan biskut. Kadang-kadang saya juga mengambil tempahan daripada kawan-kawan. Yang seronoknya, saya tak perlu membeli biskut untuk Hari Raya kerana semuanya boleh dibuat sendiri....


Ini adalah salah satu snek yang lazat dan sihat kegemaran keluarga saya....!!!!



                                                          ALMOND CRUNCHIES




Bahan yang diperlukan:


  • 200 gram tepung Florenta
  • 200 gram badam keping
  • 100 gram biji bunga matahari
  • 50 gram kuaci hitam
  • sedikit  bijan hitam
  • Semua kekacang hendaklah dibakar terlebih dahulu ya...

Cara membuatnya sangatlah senang.....semudah a,b,c....

1.   Sediakan dulang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak warna putih (yang tak melekat).


2.   Masukkan tepung dan semua jenis kacang yang telah dibakar ke dalam mangkuk. Gaulkan hingga rata.

3.   Taburkan campuran tadi di atas dulang pembakar mengikut ketebalan yang disukai. Tekan sedikit agar tampak kemas dan sekata.  Bakar selama 10 minit.

4.   Keluarkan dari oven dan cepat-cepat potong sebelum keras. Mudah dipotong dengan pisau pemotong pizza.

5.  SIAP!!! SEDIA UNTUK DIMAKAN....

***SELAMAT MENCUBA YA KAWAN-KAWAN.....!!!.***




Friday, December 13, 2013

Selamat Datang


Selamat datang. Ahlan wa sahlan. Syukur alhamdulillah, saya kini sudah mempunyai 'rumah baru' untuk saya nukilkan perkongsian saya di sini.



                                      Sirih pinang di dalam puan,
                                     Buat hantaran bakal pengantin,
                         Salam perkenalan saya hulurkan,
                                     Moga ukhwah erat terjalin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my