Monday, March 17, 2014

TEKS PIDATO MINGGU BAHASA 2009

'SEKOLAH PEMBENTUK GENERASI MINDA KELAS PERTAMA'

Hadirin sekalian,
Sekolah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran secara fomal di dalam kelas mahupun secara tidak formal di luar kelas. Manakala generasi minda kelas pertama, saya definisikan sebagai generasi yang berkualiti daripada semua aspek, baik akademik mahupun sahsiah.

          Seorang pelajar akan menghabiskan 1/3 daripada harinya di sekolah. Di situlah mereka dididik untuk mencapai kecemerlangan akademik dan di situlah juga akhlak mereka dibentuk.     Maka tidak hairanlah jika,

“Sekolah Pembentuk Generasi Minda Kelas Pertama”


Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Hujah pertama saya ialah, sekolah pembentuk warga intelektual dalam menghasilkan generasi minda kelas pertama. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar yang berilmu dan berpengetahuan luas dapat dibentuk. Pelajar yang luas ilmu pengetahuannya akan bijak melontarkan idea- idea yang bernas serta petah berbicara mempertahankan hujah serta pendapat mereka.

Di samping itu, kebolehan pelajar dalam menguasai pelbagai jenis bahasa umpama bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Arab dan bahasa Jepun pasti akan memudahkan mereka menguasai pelbagai ilmu sains dan teknologi dari seluruh pelosok dunia. Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu sains dan teknologi amat penting dalam usaha melahirkan generasi yang mampu berdiri sama tinggi  dengan negara-negara maju di arena global.

Generasi yang berilmu dan pengetahuan luas serta mampu menguasai ilmu sains dan teknologi maklumat akan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.




Sidang hadirin yang dihormati,

Sekolah turut membentuk insan yang bersahsiah terpuji dalam menghasilkan generasi minda kelas pertama.  Menerusi aktiviti kokurikilum seperti badan beruniform, kelab sukan dan kelab minat, akan lahirlah pelajar yang yang memiliki daya kepimpinan cemerlang seterusnya berjaya mentadbir organisasi dengan cekap.

Berteraskan pengisian program kokurikulum seperti pertandingan kawad kaki, persembahan pancaragam, program khidmat masyarakat dah kursus- kursus berkaitan, pelajar itu akan diterapkan dengan nlai-nilai positif seperti menepati janji, mengutamakan kebersihan, bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan seterusnya kental dengan sikap akauntabiliti dan integriti.
Apabila seseorang itu berakhlak mulia, setiap perbuatan mereka pasti disenangi masyarakat.

Jelaslah bahawa, sekolah membentuk generasi minda kelas pertama dengan melahirkan insan bersahsiah terpuji.



Hadirin sekalian,

Pernahkah hadirin sekalian mendengar nama saudara Najmil Faiz Muhammad Harith? Beliau adalah seorang anak tempatan yang berjaya mengetengahkan teori teknologi nano di Parlimen British pada tahun ____. Teknologi yang memberi banyak manafaat dalam sektor perindustrian ini membuktikan kebolehannya untuk menghasilkan satu ciptaan sains walaupun baru berusia 25 tahun.

Nah terbuktilah hujah saya yang ketiga dibawah kata kunci, sekolah membentuk generasi minda kelas pertama melalui penerapan nilai kreatif lagi inovatif. Di sekolah, para pelajar didedahkan dengan pelbagai program yang mampu mengasah minda mereka untuk berfikir secara kreatif, contohnya, tunas saintis, robotik dan pertandingan reka cipta. Program-program ini mampu mencetuskan idea yang pelbagai untuk menghasilkan ciptan sains dah teknologi bertaraf global.

Lantas generasi ini pasti mampu duduk sama rendah, berdiri  sama tinggi dengan negara- negara maju seperti Jepun , Amarika Syarikat dan Eropah.

Generasi kreatif dan inovatif bukan sahaja mampu membuka mata dunia dengan pelbagai ciptaan berguna malah mampu mengatasi masalah yang sering dihadapi negara dengan idea- idea bernas.
Benarlah kata- kata saya sebentara tadi, sekolah sememangnya mampu membentuk generasi minda kelas pertama melalui pemikiran yang kreatif dan inovatif.





Sidang hadirin sekalian,

Hujah ketiga berlalu pergi, hujah ke-4 menyusul kini, sekolah melahirkan insan yang mempunyai daya kemampuan berfikir yang rasional dalam membentuk generasi minda kelas pertama.

Melalui perlbagai subjek yang diajar di sekolah, seperti sejarah dan kajian tempatan, pelajar yang memiliki semangat patriotisme dapat dibentuk. Semangat patroitisme yang menebal dalam diri rakyat Malaysia pasti akan dapat melahirkan generasi yang cinta akan negara dan sesekali tidak akan membiarkan Malaysia bumi merdeka ini diinjak-injak oleh anasir luar yang tidak berperikemanusian.

Selain memiliki semangat patriotisme yang kental, pelajar juga akan berpandangan jauh, mereka akan melihat sesuatu perkara itu dalam aspek yang lebih luas, bukan sahaja hanya melibatkan persekitaran tetapi lebih jauh ke hadapan meneroka alam global untuk membawa Malaysia maju ke hadapan seiring dengan negara negara maju lain.

          D isamping itu, melalui program-program kokurikulum seperti debat dan pidato, bukan sahaja mampu mengasah bakat pelajar agar berani berhujah, malah turut menggalakkan pelajar supaya berfikir tentang sesuatu isu dengan lebih kritis dan analitis. Minda akan dapat berfikir dengan penuh kewarasan seterusnya melahirkan generasi minda kelas pertama





          Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya membuat satu konklusi. Sekolah adalah tempat seorang pelajar menghabiskan sebahagian besar harinya dan di sekolah, pelajar membina peribadi mereka agar menjdi insan yang berguna.
          Oleh itu, marilah sama-sama kita renungi, bukan sahaja melalui pandangan mata kasar tetapi juga melalui pandangan mata hati bahawa sememangnya, “Sekolah Pembentuk Generasi Minda Kelas Pertama”


Sekian wabilah hi taufiq walhidayah, wassalam.


1 comment:

  1. Find great casinos in NJ - Dr.MD
    NJ Casino Guide. 1. Unibet Casino 부산광역 출장마사지 (New Jersey). 계룡 출장샵 2. Atlantic City Casino (NJ). 경기도 출장안마 3. Tropicana 안산 출장안마 Atlantic City Casino 포항 출장안마 (NJ). 4. Barona Resort Casino

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my