Friday, January 17, 2014

Almond Crunchy Delights


Assalamualaikum.....

Ramai orang suka makan kek dan cookies, tetapi tidak ramai yang rajin membuatnya. Sejak dulu lagi, saya memang suka buat kek dan biskut. Kiranya sejak anak daralah...Saya akan rasa puas kalau air tangan saya itu disukai oleh ahli keluarga terutamanya bapa saya..Walaupun pada masa itu tiada peralatan membuat kuih yang lengkap di rumah, saya dan adik-adik rajin mencuba resepi-resepi kek, baulu dan biskut.

Ada satu kenangan yang melucukan dan tidak akan saya lupakan sehingga ke hari ini. Suatu hari saya membuat kek marble untuk keluarga. Seperti biasa saya akan membuat adunan mengikut naluri saya saja...pakai agak-agak aja...Bau dan aroma kek apabila dibakar sangat sedap...semua orang tertunggu-tunggu dan tak sabar untuk menikmatinya.

Nak tau apa komen bapa saya ketika hirisan kek itu saya hulurkan kepadanya?
"Ini kek ke bingka?"  Itulah soalan yang terkeluar dari mulut bapa saya...!!!

Adoyai.....malunya...

Walaupun pendek saja soalannya, tetapi sangat dalam maknanya....Sejak hari itu saya bertekad untuk belajar membuat kek dan biskut mengikut sukatan dan kaedah yang betul........

Sekarang, membuat kek dan biskut merupakan hobi saya. Suami dan anak-anak sangat sukakannya. Anak-anak saya pun sering membantu saya membuat biskut, walaupun kedua-duanya lelaki, terutamanya si adik.
Kalau ada masa lapang terutamanya waktu hujung minggu atau cuti sekolah, saya akan mencuba pelbagai resepi kek dan biskut. Kadang-kadang saya juga mengambil tempahan daripada kawan-kawan. Yang seronoknya, saya tak perlu membeli biskut untuk Hari Raya kerana semuanya boleh dibuat sendiri....


Ini adalah salah satu snek yang lazat dan sihat kegemaran keluarga saya....!!!!



                                                          ALMOND CRUNCHIES




Bahan yang diperlukan:


  • 200 gram tepung Florenta
  • 200 gram badam keping
  • 100 gram biji bunga matahari
  • 50 gram kuaci hitam
  • sedikit  bijan hitam
  • Semua kekacang hendaklah dibakar terlebih dahulu ya...

Cara membuatnya sangatlah senang.....semudah a,b,c....

1.   Sediakan dulang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak warna putih (yang tak melekat).


2.   Masukkan tepung dan semua jenis kacang yang telah dibakar ke dalam mangkuk. Gaulkan hingga rata.

3.   Taburkan campuran tadi di atas dulang pembakar mengikut ketebalan yang disukai. Tekan sedikit agar tampak kemas dan sekata.  Bakar selama 10 minit.

4.   Keluarkan dari oven dan cepat-cepat potong sebelum keras. Mudah dipotong dengan pisau pemotong pizza.

5.  SIAP!!! SEDIA UNTUK DIMAKAN....

***SELAMAT MENCUBA YA KAWAN-KAWAN.....!!!.***




1 comment:

  1. LuckyClub Casino Site » Review & Welcome Bonus
    The Lucky Club casino is one of the biggest luckyclub.live and most recognizable brands in the online gambling industry. Luckyclub is one of the oldest of the first

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my