Siapa Saya

           

             Saya merupakan seorang pendidik di Maktab Rendah Sains MARA Taiping, memiliki sebuah keluarga yang bahagia, suami yang penyayang dan dua orang anak teruna yang hensem. Saya sangat mementingkan kesihatan untuk seisi keluarga. Sebab itu saya mengambil supplemen Shaklee.

                Saya sangat meminati bidang pendidikan dan saya sangat beruntung kerana dapat mencurahkan bakti selama 27 tahun di institusi pendidikan yang merupakan antara yang terbaik di Malaysia! Ribuan pelajar telah saya didik dan menjadi insan yang berjaya  di luar sana. Syukur Alhamdulillah. Tidak ada yang lebih membanggakan hati seorang guru melainkan melihat anak muridnya berjaya.


Tempatku mencurah bakti demi anak bangsa tercinta




 Ketua Penasihat Majalah BITARA             

                  Di sekolah, saya merupakan Ketua Penasihat Majalah Maktab BITARA. Telah lima tahun saya memegang jawatan ini, bermakna saya dan sidang redaksi majalah yang terlibat telah berjaya menghasilkan lima buah majalah maktab (yang terakhir masih dalam proses pembikinan).


Inilah Sidang Redaksi Majalah BITARA yang telah bertungkus lumus menyiapkan majalah Maktab.



2009



2010



2011



2012



Inilah majalah-majalah maktab yang telah terhasil....


Antara koleksi majalah maktab sehingga kini di bawah kelolaan
saya sepanjang lima tahun kebelakangan ini. 




 Edisi 25 (2009) & Edisi 26 (2010)


  
Edisi 27 (2011) & Edisi 28 (2012)



Edisi 29 (2013)
Coming soon!!! 


**************************************


 Pengacara Majlis 

               Penglibatan saya juga turut terarah ke bidang pengacaraan majlis. Menjadi pengacara majlis atau "MC" untuk acara-acara besar mahupun kecil sememangnya merupakan tugas yang perlu saya galas sepanjang saya berada di MRSM Taiping. Sebut sahaja acara majlis mana yang tidak pernah saya kendalikan......Hari Pendaftaran Tg 4, Majlis Graduasi, Hari Olahraga Tahunan Maktab, Hari Pendidik Mara (Se-Malaysia), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC),  Hari Keluarga MRSM Taiping dan banyak lagi.

              Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya merasakan bahawa lebih baik sekiranya kami mengetengahkan pelajar sebagai pengacara majlis. Tujuannya adalah untuk menggilap potensi yang ada dalam diri pelajar kerana saya yakin para pelajar MRSM Taiping sememangnya berbakat besar. Jika pelajar-pelajar ini diberi peluang, secara tidak langsung kemahiran insaniah (soft skill) mereka ini dapat dikembangkan. Setiap awal sesi persekolahan saya mengadakan sesi ujibakat kepada pelajar-pelajar tingkatan 4. Saya tidak menyangka ramai yang berminat dan berbakat tetapi saya sangat selektif dan hanya memilih " the cream among the crop".   



AJK Hari Graduasi 2013 






Pengacara Majlis Hari Graduasi 2013






Saya dan Pn Fauziaana (Ketua AJK Seranta dan Istiadat)
Majlis Graduasi MRSM Taiping 2012




Azeem dan Miza Atikah

Pengacara Majlis Hari Graduasi
 MRSM Taiping 2012



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my