Monday, March 17, 2014

TEKS MC GRADUASI 2013



ASSALAMUALAIKUM WBT.
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING MENGALU-ALUKAN  KEDATANGAN  PARA IBU BAPA KE MAJLIS GRADUASI  2013.  KAMI MEMOHON KERJASAMA HADIRIN AGAR TIDAK MENGAMBIL GAMBAR SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG  DAN  MEMASTIKAN TELEFON BIMBIT BERADA DALAM KEADAAN MOD SENYAP DEMI  KELANCARAN MAJLIS.      TERIMA KASIH.

PERARAKAN MASUK PARA GRADUAN.         – Para graduan dipersilakan duduk.            

PERARAKAN MASUK TENAGA AKADEMIK.             

PERARAKAN BESAR MASUK KE DALAM DEWAN.
HADIRIN DIPERSILAKAN BERDIRI.
(Tunggu sehingga gamelan berhenti)

 NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU MARA  (   lagu Negaraku dan MARA)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Yg Berhormat Dr. Hj. Muhammad Amin bin Zakaria,
(Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau)

Yg Berbahagia Pn. Hamidah binti Sidek,
(Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar 1,
mewakili Pengarah Bahagian Pendidikan MARA)

Yg Berbahagia En. Saiful Hasni bin Ahmad Shukri,
(Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembiayaan,
 Mewakili Pengarah MARA Negeri Perak)

Yg  Dihormati En. Mat Abu bin Husin Dok,
(Wakil Yang Dipertua MUAFAKAT)

Yang Berusaha Tn Hj  Rozali bin Mamat,
(Pengetua Cemerlang MRSM Taiping)

Ahli-Ahli Senat Maktab

Wakil ANSARA Cawangan Taiping,

Pengetua-Pengetua MRSM dan Institut  Pendidikan MARA,

Guru-Guru,  ibu bapa dan para graduan yang diraikan.

                        Indah malam kerana bintang,
                                    Terang purnama kerana mentari,
                        Selamat datang kami ucapkan,
                                    Ke  Majlis Graduasi, sambutan dirai

                       Terang purnama kerana mentari
                                    Terbit fajar hilanglah ia
                       Ke Majlis graduasi sambutan dirai
                                    Menjadi kenangan penuh bermakna

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul di dalam dewan yang indah ini untuk meraikan Majlis Graduasi 2013. Selamat datang   diucapkan kepada  Tetamu Kehormat dan semua tetamu jemputan, para ibu bapa serta hadirin yang sudi hadir ke majlis kita pada hari ini. Semoga majlis kita akan berjalan dengan lancar dan meninggalkan kenangan manis kepada kita semua.
                                                  

Sebelum majlis ini diteruskan, eloklah kita sama-sama memanjatkan doa agar majlis ini mendapat keberkatan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Mohd Effandi bin Md Isa untuk memimpin bacaan doa.

(BACAAN DOA)

Amin…Amin ..Ya Rabbal Aalamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Effandi bin Md Isa.






Hadirin sekalian,

Majlis Graduasi pagi ini diteruskan dengan mempersilakan Tn Hj Rozali bin Mamat, Pengetua Cemerlang MRSM Taiping untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA)




Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan oleh Tn Pengetua sebentar tadi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pihak majlis amat berbesar hati kerana Y. Berhormat  sudi hadir    ke majlis kita pada hari ini. Untuk itu, dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berhormat. Dr. Hj. Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran , Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau   untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Graduasi MRSM Taiping 2013. Dengan segala hormatnya.dipersilakan.

(UCAPAN OLEH YANG BERHORMAT)


Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yg Berhormat Dr. Hj. Muhammad Amin bin Zakaria.

(PAUSE 5 SAAT)

Hadirin yang dihormati sekalian, 

Pengisytiharan Penganugerahan Sijil Graduasi
(Graduan akan berdiri serentak )

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis mempersilakan Tuan Pengetua,  selaku Pengerusi Senat Maktab Rendah Sains Mara Taiping untuk melafazkan pengisytiharan graduasi.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(Ketua UPPM serahkan lafaz pengisytiharan graduasi kepada Pengetua).

(LAFAZ PENGISYTIHARAN GRADUASI OLEH PENGETUA)

(Paluan Gong – Graduan duduk serentak)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua.





(PAUSE 5 SAAT)






Penyampaian Sijil Graduasi.    
           
 (Graduan berdiri dan berbaris)      (MC- tunggu sehingga pelajar bersedia)

 Bagi menyempurnakan penyampaian sijil graduasi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Pengetua, Tn Hj Rozali bin Mamat, untuk menjemput dan mengiringi Yg Berhormat Dr. Hj. Muhammad Amin bin Zakaria  untuk menyampaikan sijil kepada para pelajar.
(Pastikan semua pelajar sudah bersedia)

Penerima Sijil Pelajaran Maktab Rendah Sains Mara, Program Khas Pendidikan  yang memperoleh Sijil Kelas Pertama.

Dipersilakan........(BACA NAMA PELAJAR KELAS PERTAMA)



Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berhormat Dr Hj Muhammad Amin bin Zakaria kerana sudi menyampaikan sijil kepada para graduan.
_______________________________________________________________________
Seterusnya, majlis mempersilakan Tn Hj Khairul Anuar bin Dato’ Shafie, Timbalan Hal Ehwal Kokurikulum untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia PN Hamidah binti Sidek, Timbalan  Pengarah Hal Ehwal Pelajar 1, Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk menyampaikan sijil kepada penerima yang memperoleh Sijil Kelas Kedua Atas.



Dipersilakan.......... (BACA NAMA PELAJAR KELAS DUA ATAS)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahagia Timbalan Pengarah  kerana sudi menyampaikan sijil kepada para graduan.

_______________________________________________________________________



(MC- tunggu sehingga Timbalan Pengarah  dan Timbalan HEK duduk sebentar)

Kemuncak Majlis Graduasi pada pagi ini ialah penyampaian Anugerah-anugerah Khas kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang.

Dengan ini, majlis mempersilakan En Sauqi bin Mohd Noor, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar untuk mengiringi Tn Hj Rozali bin Mamat, Pengetua MRSM Taiping bagi menyampaikan anugerah.   Dipersilakan.



Anugerah Subjek Terbaik.
Anugerah ini diberikan berdasarkan pencapaian  mereka dalam bidang akademik sepanjang dua tahun di maktab ini. Penerima anugerah ini akan menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM 100.00 sumbangan  Koperasi MRSM Taiping.

Bagi Subjek Bahasa Melayu, dipersilakan......... (BACA NAMA IKUT SENARAI)


Anugerah Pencapaian PNG 4.00 Peperiksaan Semester 4.
Seramai empat orang pelajar telah layak menerima anugerah ini berdasarkan pencapaian mereka dalam Peperiksaan  Semester 4 dengan memperoleh PNG 4.00. Penerima anugerah ini akan menerima sijil dan wang tunai berjumlah RM150.00 sumbangan Koperasi MRSM Taiping.
Dipersilakan.......(Baca senarai penerima -  4orang)


Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan.
Pihak Maktab telah memilih dua orang pelajar untuk menerima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan. Penerima anugerah ini akan menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM 400.00 sumbangan  Koperasi MRSM Taiping.

Penerima pertama bagi anugerah Akademik Terbaik keseluruhan    ialah MUHAMMAD RAEES BIN SHAIK SAFFARUDIN. Dipersilakan MUHAMMAD RAEES  bersama-sama dengan ibu dan bapa tercinta untuk naik ke pentas.

Seorang lagi penerima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan ialah SITI AISHAH BINTI MOHD ALI.  Dipersilakan SITI AISHAH BINTI MOHD ALI untuk naik ke pentas bersama-sama dengan ibu dan bapa tercinta.

 Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua kerana sudi menyampaikan anugerah.



Hadirin sekalian,
Sekarang,  tibalah masanya untuk saya mengumumkan penerima Anugerah Pingat Emas ANSARA . Untuk makluman hadirin, penerima anugerah Pingat Emas Ansara akan menerima sijil, plak dan wang tunai RM 500.00 sumbangan ANSARA.

Dipersilakan Pn Rohaila binti Johar selaku wakil ANSARA cawangan Taiping naik ke pentas untuk menyerahkan sumbangan dalam bentuk replika cek sebanyak RM 1000  kepada Tn Pengetua.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Rohaila.

Sekarang,  majlis mempersilakan Tn Hj Rozali bin Mamat, untuk menjemput dan mengiringi Yg Berhormat Dr. Hj. Muhammad Amin bin Zakaria untuk menyampaikan anugerah Pingat Emas ANSARA.

Pada hari ini, pihak Maktab telah memilih dua orang pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dalam bidang akademik, kokurikilum dan kepimpinan yntuk dianugerahkan Pingat Emas ANSARA.

(PAUSE – BERIKAN MASA 5 SAAT UNTUK PENERIMA BERDIRI DI ATAS PENTAS.)
(BACA BIODATA DENGAN SUARA YANG JELAS DAN INTONASI YANG MENARIK.   JANGAN TERLALU LAJU.   SEKIRANYA AUDIENS BERTEPUK TANGAN, MC PERLU TUNGGU SEHINGGA TEPUKAN REDA ).

Ucapan terima kasih kepada penyampai.  (Ada dalam teks biodata)
________________________________________________________________________
(Setelah selesai membaca biodata 2 orang penerima Anugerah Pingat Emas Ansara)

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan , majlis dengan berbesar hati menjemput Tn Pengetua, mewakili seluruh warga MRSM Taiping untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dr. Hj. Muhammad Amin bin Zakaria.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka ini bererti majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Pihak Maktab mengucapkan terima kasih kepada tetamu kehormat dan dif-dif jemputan serta ibu bapa yang telah   sama- sama memeriahkan majlis yang  bersejarah pada pagi ini.


(PAUSE 5 SAAT)

PERARAKAN BESAR KELUAR DEWAN.

PERARAKAN KELUAR DEWAN TENAGA AKADEMIK

PERARAKAN KELUAR DEWAN PARA GRADUAN.


      (Disediakan oleh: Pn. Salmiah Isni
        11 Oktober 2013- Hotel Taiping Perdana
                                                                              
     Pengacara Majlis : Najmi Aqil dan Intan Liyana







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my